Aug 23, 2005

JurNal Fasilitator: KEMBARA itu harApan

Jurnal Fasilitator: Kursus Kepemimpinan Pengawas SMKMA
(sekolah lama aku :)
-Kem Lanchang, Merlimau Melaka-
19-21 Ogos 2005-

12.30pm
Beg aku kemaskan utk kali terakhir. Lihat mana-mana yang kurang. Mengah jugak sebab aku baru je abis kelas EAP. Erm, dah janji nak bertolak jam 12.30. Semalam tidur hanya 1 jam cuma, pastu kelas jam 8 pagi plak tu. Kepala ni aku takut meragam. Namun, Alhamdulillah..tiada yang menghalang. Aku gegas turun ke bus stop.

1.00pm
Aku, Mat, Manja, Aida dan Zul bertolak dari UIA. Singgah ke Carrefour utk membeli sedikit perkakasan.

3.30pm
Ermm..highway. Kami berhenti di Tempat Rehat Seremban. Makan, solat dan aku gegas ke pondok telefon. Aku hubungi cikgu dan memberitahu kedudukan kami.

4.45pm
Alhamdulillah. Bumi Melaka akhirnya dijejak. Tiada yang menanti kedatangan kami, dan sebenarnya semua yg terlibat dah tiba di KEM LANCANG. Kami dah terlewat..haha. Kenalah gunakan kepakaran sendiri utk ke sana.
Nasib baik berkereta. Menggunakan direction yg cikgu beri, kami akhirnya tiba ke destinasi dengan selamat kira-kira jam 5.15pm. Taklimat oleh Komanden sedang berjalan.

5.30pm
Baru aku sedar sesuatu. Erm..kiranya kursus ini akan diselenggarakan oleh 3 pihak sekaligus. Ah, ini dah menyedapkan hati. Yelah..cikgu pun ada, pasti tak mengusutkan kepala. S
elalunya, jika ada program, tentunya segala-gala kena kami uruskan sendiri. Sekarang ni, semuanya akan bekerjasama. Ada tugasan tertentu. Erm..mudahlah kerja. Terima kasih kat cikgu-cikgu.

7.30pm
Peh, terasa cam VIP plak. Siap makan dan tempat tido cikgu sediakan (cam selalu..hehe) Pergi program mmg camnilah. Pihak terbabit jaga betul keperluan fasilitator. Dan..tentunya kami kena buat yg terbaik, agar misi program berjaya.

Aku dan Manja handle sedikit aktiviti utk peserta bukan Islam. Manja tahu berbahasa Cina, untunglah :) Sedikit permainan dan pengisian. Yang mana kenal aku, dah boleh bertepuk tampar..hehe

8.00pm
Team building selepas kami bersuai kenal. Mereka beri kerjasama untuk menyiapkan trademark, bendera dan lagu kumpulan..REMO-REMO..hehe

Provokasi amat penting agar mereka menjadi defendan yang bagus. Pembentangan kerja yg baik.

10.30pm
Selepas minum malam kami bermain leadership game sebelum ke aktiviti berikutnya-
'DEBAT PEMIMPIN-alkisah sebuah TANDAS' haha...penting jugak mangkuk tandas dan pintunya ye.
______________

07ooam (2nd day)
Alahai, terlewat plak. Dari jauh, ada sesi pagi bersama Ketua Pengawas sedang berjalan. Kami terlepas sesi tazkirah ke?? Erm..nasib baik ada yang bertanggungjawab menyambung tugas.

Senamrobik. Allah, nasib baik ada skill. Gugup pun ada bila aku sedar preparation tak cukup. Tapi..usaha kena terus. Pentingnya kreatif. Manalah Zul dengan Mat ni...

9.00am
Yeah..kayuh beskal beramai-ramai. Fasi AF dan FASI SMKMA dapat guna beskal yg ada sambil tolong perhati kegiatan adik-adik peserta dgn aktiviti luar mereka. Kayaking, peh!! Ada pandu arah dan water crossing. Bestnya. Kami berlima berbasikal ke kampung yang ada. Siap minum-minum kat kedai. Bincang utk persiapan malam nanti.

12.00pm
Makan tengahari. Dah basuh beskal, hujan pulak.

1.00pm
Alhamdulillah, mentari muncul kembali. Peserta pulang dari aktiviti. Basah kuyup semuanya. Solat dan makan. Mereka bersiap untuk aktiviti petang.

2.00pm
Taklimat untuk 2 outdoor aktiviti lagi. Wall Climbing dan Flying Fox. Bersungguh-sungguh benar. Kesempatan yg ada aku guna untuk mendekati peserta. Borak dan berbincang tentunya akrab dengan seorang aku. Dapat korek rahsia hati, moga ada nasihah untuk aku bekalkan bersama.

Aku pernah di tempat mereka. Aku bekas pelajar sekolah yang sama..dan nasihah ini dari aku yang benar menghargai apa itu zaman persekolahan..

6.00pm
Along Pian bersama kami.

Aku sempat berborak dgn seorang trainer. Bincang tentang kerja seorang trainer, tapi bahagian outdoor lah. Erm...betul katanya. Skarang ni, kita memang perlu ada skill tersendiri, barulah mudah nak survive. Ada skill yg benar kita minat dan kuasai adalah satu kelainan yg tak ada pada semua org. Yeah, sekarang ni sume kena ada sijil. Buat aku renung dan fikir-fikir...

Ermm..bila duduk dan berbual sebegini, baru rasanya yang aku kena belajar lagi hatta nak berkomunikasi dengan orang yang lebih matang dan berpengalaman. Seorang fasilitator seperti aku kena all rounded, kena banyak belajar dan terus mencari ilmu.

Pengalaman itu menjanjikan usaha yang baik. "Social Insurance" bak kata Abg Fauzul. Ilmu dan pengalaman..dan aku terus kecapi satu-satu dari dunia fasilitator.


Kalau lihat kat aktiviti yang ada, memang aku dah melalui segala. Nite walk, flying fox, kayak..dan sebagai seorang yang belajar, aku kena pastikan ilmu terus bertambah. Mungkin ada idea lain yang dapat dipelajari. Lagipun, bukankah jika kita selalu mengulang, ilmu akan terus kuat di ingatan? Betulkan....

8.30pm
Adik-adik cam tak larat, Sehari suntuk dengan aktiviti luar mereka. Tapi, aku kena gak teruskan Malam Aspirasi Seni. Memang tak bermaya tengok kan persembahan sesetengah kumpulan, tapi aku tetap kagum dengan idea mereka. Sekurangnya mereka ada ikhtiar dalam limitasi waktu yang kami beri.

Biar...walau tak well organize, aku nak mereka lihat yang walaupun sedikit..mereka telah pun menghasilkan sesuatu dan tidak melihat sesuatu yg kecil itu tanpa nilai. Pentingkan fikir...apa yang kita lihat adalah sesuatu yang punya nilai tersendiri. Kita yang beri definisi...

Malam aspirasi ni dimasukkan sekali supaya balance segalanya. Maksud aku, lepas dah penat dengan fizikal, tak salah jika kita minta otak berlari sebentar..fikir tentang kreatif. Berhibur, moga ada kerehatan sebentar.

12.05am
Nite walk. Seram kah yang aku rasa?? Erm..aku cuba kawal rasa dengan menguatkan walkman yg aku bawa bersama. "Pengecut" hehe...kawal perasaan. 5 kilometer jauhnya. Kami bertiga ditinggal berjalan sendiri ke check point terakhir. Aida dan Manja senyap cuma. Bulan terang..subhanallah.

Adik-adik pun mungkin rasa lebih lega. Tapi, bila kena jalan sorang-sorang masa balik, parah juga. Berdebar rasanya. Fasi yang lebih merana sbb kena tunggu di check point, semak dan gelap. Ada yg berhampiran kubur..wakaka.

Nasib baik aku dan team AF dijemput ke tempat peserta berkumpul, kalo tak macam-macamlah yg wujud kat kepala ni. Aku kan suka berimaginasi melampau..haha. Takut apa yg dibayang muncul..erk! Seram bunyinya. Apa-apa pun, jam 4 pagi..kami dah selamat tiba dan aku kembali ke kamar seperti biaasa
_____________

8.00am (3rd day)
Lor..dah jam bape ni?? Ek eleh..lambat dah. Majlis perasmian, adik-adik..aduhai, kami semua 'syahid'. Tapi, lega plak bila ku dengar yang Mat, Zul dan Abg Pian ada menanti di surau. Untunglah jugak bila mereka tak bersama kami dlm Nite Walk. Sekurangnya dapat bangun awal dan selenggara adik-adik.

9.ooam
Dah mula perasmian penutup. Puan Hajjah Roslin..rindu padanya. Maaflah pada semua, terlambat bersiap. Muka seposen aku bertukar jadi singgit..hehe

10.00am
Aku bersuara dalam sedikit masa. Menyampaikan rasa hati dan harapan seorang bekas pelajar. Aku telah membuktikan sesuatu dalam dunia persekolahan. Dan, aku tentunya yakin yang adik-adik di hadapanku akan berjaya juga..ke menara gading.

Zaman sekolah..aku selalu lambat dan kadang tak masuk ke kelas..ada saja urusan. Terlibat dengan nasyid dan persembahan. Mengurus tampuk kepimpinan sekolah dan masih bertindak untuk mengetuai pertandingan di kelas dan persatuan.
Pada satu masa aku membaca Ikrar Sekolah, mengetuai persembahan nasyid, dan aku juga mengambil hadiah di majlis perhimpunan sekolah (menang pertandingan yang aku sertai :)

Aku ke sekolah jam 6.30 pagi dan pulang pada jam 6.30 petang. Masih sempat mewakili sekolah dalam sukan dan kadang melanjutkan masa untuk berlatih nasyid. Aku curi masa belajar untuk hal lain, tapi aku ganti semula selepas habis waktu sekolah di perpustakaan. Di rumah, aku tidur jam 2-3 pagi, jam 6 kena bangkit semula. Itu caranya..

Adik-adik..aku bukan ingin mendabik dada, cuma ini yang aku ingin kalian lihat. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Pinjam kata Dr Tuah "Nak ke Tak Nak?......Jika Nak, Jangan Tidak-Tidak"

Abg Ed pesan "Buat keje sungguh-sungguh. Kita tolong orang, tolong diri sendiri..insyaAllah Tuhan pun akan tolong kita"

Dalam kesibukan Koku dan pelajaran (takdelah power mana..hehe) aku masih mampu melangkah ke dunia menara gading. Aku yakin adik-adik SMK Munshi Abdullah juga bisa berjaya. Aku cuma ingin semangat mereka membara. Aku tak hebat mana, cuma rasa hati ini yang mampu bicara. Biar bumi bergema dek aura kepimpinan kita.

Aku yakin, hidup ini kita yang pilih. Afdlin Syauki pun kata begitu dalam BULI. Dan, pilihlah untuk membuat sesuatu dengan sepenuh hati. InsyaAllah, kerja sempurna
:)

12.30pm
Terima kasih semua. Cikgu ajak lagi ke sekolah. InsyaAllah, mengalukan kehadiran kami untuk bersama adik-adik. Role model dari singgahsana U semestinya diperlukan. Ini masa membalas jasa..insyaAllah, ada kelapangan dan peluang kita pasti akan bersama. Bumi Lancang aku tinggalkan.

4.00pm
Berada di rumah adalah saat indah. Rendang cili padi mak dan nasi himpit menjadi sajian utama. Manja, Mat dan Aida..moga terhibur di rumah along :)

5.00pm
Berat kepala. Nak terkeluar isi perut. Nak tidur tak larat..kepala dihimpit kesakitan yang maha. Lama kendian, bila keluar ke Seremban..segalanya baik. Aku masih sedar..temani Muhammad yang sedang memandu.

7.30pm
Tiba di UIAM. Kembara seorang fasilitator berakhir. Moga Allah berkati apa yang telah kami lakukan. Sekurangnya keluar sebentar ke dunia luar berkongsi apa yang ada. Penat, mengantuk..tapi puas. Terima apa yang kurang..belajar dan baiki.
p/s: maaf atas segala kekurangan :) End-

1 comment:

puterakuda said...

salam kak..sy mahlil dr uniten
maap gngu yek..
nk tnya, mcmne nk buat penempahan kat kem lanchang melaka??

nk dapatkan SEBUT HARGA.tq.